Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Wednesday, 9 May 2012

usaha tumbuh sebagai pokok meranti

subhanallah
alhamdulillah
allahuakbar

berjuta kesyukuran kurafaakan ke hadrat Ilahi krn limpah 'inayahNya aku masih bernafas di muka bumi, masih diberi peluang utk memperbaiki diri.

kalo entry sblm ini aku terasa menjadi lalang, tapi tidak utk kali ini. aku tlh mndpt kepastian dan keyakinan...tidak lagi keraguan.

sblm ini aku menjadi lalang krn aku tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. tapi, alhmadulillah ada yg sudi memberitahu dan meluruskan fikrahku.aku kini ingin tumbuh sebagai meranti yg tegak berdiri..teguh prinsip dan jati diri.

menurut seorang sahabat, kita berdemonstrasi krn cara diplomasi tdk diterima. 
yup....aku pasti dan yakin dgn kenyataan itu.
kita perlu berdemonstrasi bg menegakkan kalimah tauhid. 
jika diplomasi utk menegakkan syiar Islam tidak dihiraukan, maka jalan demonstrasi kita gunakan.

kini ku tahu matlamat sebenar mengapa ia dilakukan
aku faham mengapa perlu kita lakukan
krn Islam itu akan ditegakkan bila kuasa di tangan

syukran naqibahku yg memberi pencerahan itu
syukran sahabatku Bintu Koyube yg menjadi pencetus utk perubahan diri ini
syukran ya Allah yang Maha Baik memberi peluang kpdku kembali ke jalanMu
Maha Suci Engkau Ya Allah yg mengurniakan kpdku sahabat2 yg baik dikala aku ingin mencari jalan kembali

aku sedang berusaha memperbaiki diri
aku sedang berusaha menguatkan jati diri
aku sedang berusaha mengembalikan kekuatan Iman dan Islam dlm diri
aku ingin menjadi muslimah sejati, penguat kpd jemaah dan ummah

Sunday, 29 April 2012

aku makin menjadi lalang

bersih 1.0
bersih 2.0
bersih 3.0

academic freedom...
mansuhkan AUKU
mansuh PTPTN...

makin byk demo...makin tepu otakku...makin aku bosan dgn situasi ini...aku pernah mengutuk org yg menjadi lalang...org yg x nak berkate ape2 ttg politik skrg...namun kini aku sedar yg aku juga semakin menjadi lalang...mungkin kesibukan mnybbkn aku kekurangan masa utk mengambil tahu mengenai dunia politik...tp spttny itu bkn alasan...

utk sem ini, aku agak slow...aku hanya dpt tau yg perhimpunan utk mansuh PTPTN sehari sblm hari kejadian n dpt tau pasal perhimpunan bersih 3.0 seminggu sblm kejadian...agak pelik sbnrny bg org bernama munirah mohamad lmbt tau pasal bnd gini...bile dpt tau...aku tersedar yg dah dekat sebulan aku x buka page malaysiakini~saluran berita m'sia yg aku bce....hmmmm...i don't know why...

but then, bile da dpt tau pun, aku x la nk sibuk2 jgak nk follow up kisah2 bersih ni...hr kejadian smlm pun aku x on fb...x on tenet pun...malas...just dgr crita dr kwn2 je...

hr ni bru tgk cket2...bile tgk..mls nk komen

rse da mls...nk komen bnd yg biase n mcm x dpt mengubah ape2...flow nye sme....org menuntut pilihan raya yg bersih...ajak bncg ngn kerajaan, kerajaan x layan..then nk buat demo n perhimpunan aman...bile da berhimpun, awal2 aman but then jd x aman...sbbny polis sembur air...halang pergerakan...then gaduh2, jadila huru hara...sme je mne2 perhimpunan aman akan jd x aman....

sejujurnya entry kali ni agak pelik...bg diri aku sndr yg menaip, pelik bile aku menaip mcm ni...penat rse menyokong sblh pihak tp dlm mse yg sme, pihak yg aku sokong kadang2 buat aku rse mual jugak...jadi utk kali ni aku x menyokong tp bkn bermaksud aku berhenti menyokong atau menukar sokonganku...

insyaAllah sokonganku x berubah..tp perjuangannya kadang2 seperti hanya utk menarik perhatian dan kadang kala aku terasa sprt mereka sengaja buat even mereka tau pihak kerajaan n polis x kan mengubah cara mereka dlm menangani perhimpunan..bile berhimpun ngn care kite, kompem ade fru n sembur pemedih mata then ade yg provok tok jadi gaduh2.....percayalah...pihak kerajaan skrg x kan menyokong dan x layan cara kita berhimpun...buat la aman mcm mne pun, diorg tetap ckp perhimpunan yg dianjurkan kite mst perhimpunan haram...student x ley join...kalo diorg punye perhimpunan je kompem halal tp mcm x de org nk join kan...

bagi aku skrg...just bg penerangan pd msyrkt ikut cara kita yg sopan...sebarkan kebenaran....kerahkan yg ramai2 tu utk bg penerangan pd msyrkt yg x tau pasal ape2 kepincangan kerajaan skrg...then buat perubahan bile pilihan raya nnt....x larat dah nk berdemo2 n berhimpun yg akhirny membuatkan para 'lalang' dlm msyrkt trus menjadi lalang atau pun trus memihak ke sebelah sane disbbkn cara kite..aku sndr kini hampir menjadi lalang krn aku tlh lelah membaca segala jenis kutukan, cacian dan kekotoran dalam dunia politik kini...

politik itu spt kain putih bersih...org di dlm politik itu yg mewarnakan kain putih itu utk trus menjadi hitam atau berwarna-warni sedap mata memandang

aku x ingin menjadi lalang tapi kadang aku terasa cuaca menukarkan aku yg bru tumbuh sbg keladi menjadi lalang...

Friday, 27 April 2012

kewajipan dan tanggungjawab

kewajipan melakukan sesuatu menyebabkan kita berasa wajib melakukan perkara tersebut walau apa jua keadaan...cthnya, asgmnt kene anta esok, so nk x nk mlm ni kene bersengkang mata gak buat asgmnt tu...

tanggungjawab...setiap org mempunyai tggjwb terhadap persekitarannya..tggjwb terhadap keluarga, tggjwb terhadap tugas, tggjwb terhadap rakan2....tggjwb blh menjadikan seseorg yg menunaikan tggjwb yg diamanahkan kpdnya dihormati oleh org lain krn kejujurannya...namun tggjwb juga blh menjadikan seseorg itu dihina krn kealpaannya melaksanakan tggjwb yg tlh diamanahkan kpdnya....

Wednesday, 4 January 2012

ada apa dengan exam???

alhamdulillah...baru lps 1 paper exam islam asia tenggara....1st paper utk exam sem 5 ni...

jujur ku katakan...sgt teruk penulisan jawapanku tadi, sedih x terhingga hanya Tuhan yang tahu. tapi da jadi kebiasaan niah agar x ckp pasal kesedihan or menunjukkan kesedihan pasal exam pd kwn2...nk mengadu...mengadu pd Yang Maha Kuasa...ngadu kat kawan jauh sekali sbb takut lbh memburukkan keadaan...takut tersalah ngadu...takut yang mendengar krg memahami atau lebih menambah kesedihan di hati...biarlah ku pendamkan dan mengadu pada Ilahi...~act...ade la ckp2 cket pasal x dpt jawab ngn sorg kawan n kak anim...alhamdulillah...respon diorg biase2 je n menambah gundah yg ade~

cakap pasal exam ni...kalo x dpt jawab, memg sgt sedih...lagi2 kalo paper tu memg kite da expect dapat do d best...tapi..percayalah..kite hanya boleh try our best n put 200% effort on it..but we can't control d result...

exam...salah satu ujian kite di dunia...dari tadika, sekolah rendah, sek. menengah, universiti n even smpi keje pun kite akan ade ujian utk menilai tahap akademik n pengetahuan kite..
ujian tu ditempuh utk mndpt result yg bgs utk ganjaran A...cgpa 4.00...kerja bgs...naik pangkat....tapi..sedarkah kite, skrg keimanan kite sedang diuji dan sentiasa diuji....markah iman kadang naik n kadang turun...
kalo x dpt A dlm ujian, exam..mesti kite rse sedih...gagal dlm ujian kenaikan pangkat..kite sedih sbb x dpt la naik gaji...tapi...ape kite rse kalo iman kite sedang diuji dan menurun???
sedihkah???
biase2 je???
gembira???

balik dr exam tadi...solat asar n bce maathurat...sedih sbb x dpt jawab exam smpi termengalir air mata mse bce maathurat...tapi sebenarnye....mse nangis tu...niah terpk...adakah aku akan sedih sebigini rupe dikala aku solat taubat n mengenangkan dosa2 yg aku lakukan???

~sekadar perkongsian n peringatan utk kite yg sering lalai dan leka terhadap ujian menuju matlamat abadi~

Friday, 12 August 2011

berbahagialah wahai wanita

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan Remaja Perempuan A :
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki2 mudah saja. Tak pakai baju pun t...akpe. Perempuan auratnya lagi banyak.

Keluhan Isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana2 pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan Remaja Perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan Isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan Isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum Hawa?”

Keluhan Isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan Remaja Perempuan C:
“Wanita tak boleh beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengeksploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu.. ! Istighfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w. dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan2 melampau itu.

Lelaki Beriman menjawab Keluhan Remaja Perempuan A :
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yg utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”

Lelaki Beriman menjawab Keluhan Isteri A:
“Ok, isteri perlu taat saat pada suami. Jadi lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalianlah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki Beriman menjawab Keluhan Remaja Perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape2 walaupun suami. Tak kesian pada lelaki, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak2nya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis , alamak tak merasalah jawabnye!”

Lelaki Beriman menjawab Keluhan Isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekelian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu,percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syuga menanti awak! Sebab tu tak ramai wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”

Lelaki Beriman menjawab Keluhan Isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki Beriman menjawab Keluhan Remaja Perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah , awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yg awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asanya!

”Lelaki Beriman menjawab Keluhan Isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak , seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Kemudian Lelaki beriman bertanya:
"Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum Hawa"

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata:
"Masya'Allah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!"

Demikianlah dialog wanita2 yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut tunduk kepada cara2 dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Ingat firmanNya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara2 dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan itu.

Sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yg terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkalahn agamamu, nescaya syurga menanti kalian! =

Thursday, 28 July 2011

harga seminit

assalamualaikum...

hari ni nk cte pasal perancangan yg agak x menjadi...
act, da sekian lme niah plan nk g upsi minggu konvo nih tok jmp senior2 yg konvo...so, plan ptg smlm tdoq rmh kak ana n hr ni g upsi n stay smpi sabtu....HOWEVER....kul 6 stgh ptg smlm lbh krg, dpt kol mak yg ckp maid abg ali n kak imah melarikan diri...so, niah pun kol kak imah(kakak ipaqku) utk mengompemkan...da kol, memg kompem la maid dy lari...so, kak imah mntk tlg sgt kat den utk dtg ke rmhny tok tlg jage anak2 beliau...hmmmm..dgn berat hatiny ku menerima jawatan bibik smntr ini krn kesiankan abg n kakak ipaqku..da terdesak kan...x pasal2 maid lari n x pasal2 den jdi bidan terjun..huk3...so, hasrat nk g upsi terpaksa dibatalkan...

alhamdulillah, den slmt smpi kat rmh abg ali n kak imah di present 11 putrajaya pd jam lbh krg 12 stgh mlm...perjalanan yg x la payah n memenatkan but lame sbb tgu train....semuanye bermula dgn kisah "seminit"...

perjalanan bermula apbl niah mntk tlg kak cik anta niah ke stesen kete api tjg malim...smpi stesen ktm kul 8 stgh rsenye..lbh krg la...pastu trus beli tket n trus berlari ke train takot terlewat...ni semua gare2 abg tiket tu yg ckp train da nk gerak...teman lak memg x penah naik train dr TM, so cam x tau la schedule nye sgt...naik je la...dr dlm train, bru tgk skrin kat platform tu, ghopenye, kul 8.50 bru gerak...teman menunggu la dgn penuh kesabaran dlm train tu selama 10 minit....huhu...tepat jam 20.50-ikut jam stesen...train x gerak2 lg...tgk2 pemandu train bru nk masuk train time tu....at last, train bergerak lewat seminit suku....

train komuter tu pun bergerak la dgn sopannye mengikut laluan n berhenti di stesen2 yg dilalui...smpi je rawang da kul 9.50 kalo x clap, penumpang yg nk meneruskan perjalanan ke selatan perlu menukar train...teman pun berjalan la dgn agak laju dgn sorg kakak UM ni yg nk blik UM...utk naik train ke selatan, perlu ke platform 1 n kene la naik jejantas...turun je tangga jejantas...x ku sangka2, train tu bergerak!!!OMG!!!sabaq je la....so, kene tunggu lg 25 minit utk naik train strsny....smntr dok menunggu, sembg2 la ngn kakak UM tu...Alhamdulillah, dpt krgkn rse bosan n dpt kenalan bru...

10.15, Alhamdulillah, train dr rawang menuju ke selatan bergerak....agak laju cket kot train ni....smpi KL Sentral da kul 11....teman pun trus menuju ke ke kaunter ERL...teman beli je tiket ERL ke Putrajaya yg berharga RM9.50(utk peringatan lps nih...huhu), tgk2 kat skrin, train kul 11.03 mlm da jalan....Allahuakbar...kene tgu la lg stgh jam....dlm mse stgh jam tu, teman isi ngn mkn McD...huhu...lapaq dow...

kul 11.33 mlm, train ERL ke KLIA pun gerak...perjalanan dlm 20 minit gak tok smpi putrajaya.....smpi putrajaya sentral kul 11.50...teman msg kakak ipo kate teman da sampe.....dlm 20 minit gak nunggu abg teman amik..pelik gak npe cam lmbt beno...ghopenye deme da tdo...sian lak rse...huhu...so, Alhamdulillah, teman smpi rmh abg nih dlm kul 12 stgh kot....ntah la...x tgk jam lak time tu....

kisah yg ku catatkan ini sbnqny adlh pengajaran n peringatan bg semua org....MASA ITU EMAS...kisah kelewatanku tiba di rumah hanyalah bermula dgn kelewatan seminit train bergerak...sgt rugi rsenye dsbbkn kelewatan seminit itu, aku terlepas train rawang ke KL Sentral lbh awal sekali gus train ERL ke Putrajaya pun aku x dpt naik yg lbh awal....kelewatan seminit yg menyebabkan aku lewat sejam....

yang pasti,kita hanya mampu merancang n Allah yang menentukan perjalanan kite.....namun, sbg hamba yang bijaksana, ingatlah....walaupun seminit atau sesaat sekali pun...ia adalah suatu yg amat berharga dan tidak boleh ditukar ganti dgn sebarang harga....

renung2kan dan selamat beramal!!!

psstt....bahasaku kali ni krg btol cket...kejap niah, pastu teman, pastu den..aku pun ade...caca marba...huk3